Friday, September 3, 2010

Tips servis kereta ,luar dan dalam

transplantIni ada satu cerita aku nak kongsi dengan hangpa suma. Bukan dongeng bukan fantasi tetapi fakta yang kadang-kadang berlaku atas batang hidung sendiri dan kawan-kawan.
Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.
So, kat sini aku nak share beberapa tips supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis. Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau alat-alat ganti.
Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis. kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan sebagainya.
Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan dimasa hadapan.
Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.
Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk membersih keadaan atas enjin selepas servis.
Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta tersebut.
Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa, tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis la…
Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.
Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.
Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor siri yang perlu kita ingat.

Thursday, September 2, 2010

Pemeriksaan Awal Kereta

Pemeriksaan awal kenderaan sangat penting sebelum kita memandu kenderaan..
Terutama bagi perjalanan jarak jauh seperti pulang ke kampung halaman dan sebagainya..
Jadi saya ingin menunjukkan bahagian-bahagian penting yang perlu diperiksa..


1 ) PERIKSA BATERI
- bateri merupakan antara bahagian yang penting untuk kenderaan.
- Gambarajah 1 menunjukkan komponen yang perlu diperiksa pada bateri :




gambarajah 1 : komponen pada bateri



2) PERIKSA KUALITI DAN KUANTITI MINYAK ENJIN

- ini adalah penting kerana minyak enjin merupakan perkara yang penting bagi sistem pelinciran enijn.
-jika tidak dijaga, enjin boleh menjadi jamn dan komponen dalaman enjin akan cepat haus.
-pemeriksaan dilakukan dengan melihat kepada engine oil dipstick
-Periksa samada minyak enjin cukup atau pun tidak(rujuk gambarajah 2a) dan pastikan minyak enjin masih lagi boleh digunakan. (rujuk gambarajah 2b)

gambarajah 2a : periksa level minyak enjin

gambarajah 2b : pemeriksaan kualiti minyak enjin



3) PEMERIKSAAN TAYAR
- Tayar perlulah diperiksa dari segi :-
> kehausan tayar
* kehausan tayar diperiksa secara visual.
*pastikan bunga tayar masih lagi baik dan tukar tayar anda jika berlaku kehausan yang teruk.
> tekanan angin tayar
* angin tayar perlulah diisi dengan tepat dan betul iaitu :-
# tayar hadapan : 32 psi
# tayar belakang : 30 psi
* tayar simpanan juga perlu diperiksa kerana jika berlakunya kepancitan tayar semasa perjalanan, tayar simpanan boleh diguna pakai
> Tayar perlu dititik beratkan kerana risiko kemalangan amat tinggi jika terdapat masalah pada tayar kenderaan.

Teknik Penjagaan bateri kereta - Battery Maintenance

Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.



2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.




3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.





4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.

Cara- cara menukar minyak enjin dan penapis minyak

> Penukaran minyak enjin amat penting bagi setiap kenderaan.

> Ini kerana, minyak enjin akan membantu sistem pelinciran komponen di dalam enjin dan juga
mengelakkan kehausan komponen tersebut.

> Penapis minyak pula membantu untuk menapis kekotoran yang terdapat pada minyak enjin
tersebut.

> Video di bawah menunjukkan langkah-langkah bagi penukaran minyak enjin dan penapis.




Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan

salam ramdhan dan salam pertemuan buat kali pertama dari nicaragua89.blogspot......

# Cover album nicaragua.blogspot...
yg baju warna putera umno..plg stylo...